Solatun's Communication Blog

COMMUNICATION, CULTURAL STUDIES, AND CRITICAL DISCOURSE

FALSAFAH DAN LOGIK, TUGASAN TAKE HOME EXAM APM

FALSAFAH DAN LOGIK
(Take-Home Examination)

A. Petunjuk:
1. Exam ini mengambil jalan BEBAS BUKA BUKU (OPEN BOOK), dan mahasiswa bebas merujuk kepada mana-mana buku yang ada, journal, dan juga internet.
2. Setiap seorang mahasiswa/mahasiswi wajib membuat jawapan atas soalan nombor 1, dan wajib menjawap 2 (dua) soalan lainnya dengan cara memilih secara bebas di antara soalan nombor 2 sehingga nombor 21. Setiap mahasiswa dengan demikian hanya perlu/ wajib mengerjakan/menjawap 3 soalan sahaja di antara soalan yang ada.
3. Semua soalan adalah merujuk pada buku karangan Hashim bin Musa “Falsafah, Logik, Teori Nilai, dan Etika Melayu” yang diterbitkan oleh Akademi Pengajian Melayu tahun 2001.
4. Jika jawapan saudara/ saudari juga merujuk atau mengutip pada rujukan selain daripada buku karangan Hashim Musa, maka sepatutnyalah dirujuk dengan benar dan disebutkan nama pengarang, judul buku/artikel/paper/ tahun terbit dan nomor muka/halaman (khas untuk buku dan jurnal).
5. Taip jawapan dalam format A-4 dengan jarak spasi 1.5, dan hantar DENGAN TAJUK (SUBJEK) “Take-home Exam Falsafah dan Logik” ke alamat e-mail; solatsaja@gmail.com tidak lewat dari tanggal 12 Hb. Mac 2010.
6. Segala soalan yang saudara/saudari pandang perlu boleh disampaikan langsung atau melalui email solatun@gmail.com atau chat langsung dengan sebelumnya confirm melalui sms di 0136903644 dengan menyatakan bahwa saudara/saudari hendak chatting untuk mengemukakan soalan.
7. Kejujuran adalah perkara mutlak. Sesiapa yang saling meniru akan diberi sanksi (punishment) iaitu kedua-dua yang saling meniru tidak akan diberikan markah.
8. Niatkan kerja menjawab soalan sebagai IBADAH dengan mengharap redha Allah supaya beroleh ganjaran dunia dan akhirat. SELAMAT BEKERJA, semoga Allah memudahkan dan memberkati kerja saudara/ saudari

B. SOALAN:
SOALAN NOMBOR 1 INI WAJIB DIJAWAP OLEH SEMUA MAHASISWA
1. Mengikut pandangan Hashim Musa tentang Takrif dan Bidang Kajian Falsafah, kemukakan:
1.1. Pendapat Hashim Musa tersebut yang saudara/saudari ketahui tentang asal istilah falsafah dalam kaitan dengan pandangan BAG Fuller yang dirujuk beliau.
1.2. Perbandingkan antara pandangan Hashim Musha dengan pandangan Buya Hamka tentang Falsafah, dan bagaimana pandangan saudara/ saudari terhadap kedua-dua pandangan tersebut?
1.3. Apa pendapat saudara/ saudari mengenai hubungan antara falsafah dengan “asas, objek, matlamat, dan kaedah”penyelidikan ilmiah dan ilmu pengetahuan.

SILA PILIH DUA SOALAN SAHAJA di antara nombor 2 sehingga 21:
2. Hashim Musa mengemukakan bahwa Imu falsafah mengambil data dan bahan kajian daripada semua aspek alam semesta. Kemukakan pandangan saudara/ saudari mengenai:
2.1. Objek sains alamiah (sains pasti, sains hayati, sains fizikal) dan juga sains kemanusiaan dan kemasyarakatan. Kemukakan perbezaan atau kesamaan di antara kedua dua kelompok sains itu.
2.2. Jika objek sains adalah berkenaan dengan “Hal ehwal yang ada”, kemukakan pandangan atau pendapat saudara/ saudari mengenai kesamaan dan perbezaan di antara konsep dan prinsip “ada” pada sains alamiah dan sains kemanusiaan dan kemasyarakatan .
2.3. Apa pendapat saudara/ saudari mengenai “ada” dalam kaitan dengan kedua-dua sains tersebut (alamiah dan kemanusiaan dan kemasyarakatan) jika dihubungkan dengan panca indera, fikiran, dan perasaan manusia dalam mencari tahu tentang yang ada. Bagi/ kemukakan satu contoh kes nyata.
3. Hal ehwal “ada” di dalam sains pasti sentiasa merujuk kepada “FENOMENA” yang ada (Hashim Musa, 2001:2) . Kemukakan pendapat saudara/ saudari mengenai:
3.1. Makna atau arti daripada fenomena, kemukakan beberapa contoh tentang fenomena yang ada
3.2. “Yang ada pun boleh kita ketahui dengan merujuk kepada noumena, apa pendapat saudara/ saudari mengenai noumena dan kemukakan beberapa contoh pengetahuan tentang “yang ada” dengan merujuk kepada noumena.
3.3. Apa pendapat saudara mengenai pengalaman empiris dan supra-empiris, serta fenomena fizikal dan fenomena metafizikal dalam kaitan dengan “yang ada”.
4. Hashim Musa mengemukakan bahwa sains kemanusiaan dan kemasyarakatan mengkaji mengenai diri manusia secara individu dan juga secara berkelompok. Kemukakan pendapat saudara/ saudari mengenai:
4.1. Sains kemanusiaan “ psikologi, sosiologi, dan antropologi” yang saudari ketahui berikut penjelasannya, kesamaan dan perbezaan di antara ketiga-tiga sains tersebut jika merujuk kepada pendapat Hashim Musa tersebut di atas.
4.2. Sifat kewujudan alam semesta “yang ada” ini dalam hubungan dengan psikologi (psychology) sosiologi (sociology) dan antropologi (anthropology), kemukakan contoh yang nyata dan saudara pernah jumpa dalam kehidupan yang sebenar.
4.3. Apa perbezaan paling fundamental di antara ketiga-tiga sains kemanusiaan tersebut di atas dengan sain alamiah di dalam memahamkan keadaan dan hal ehwal yang ada pada diri manusia, berikan contoh.
5. Hashim Musa mengemukakan bahwa Proses penyimpulan (membuat kesimpulan) itu didasarkan data dan fakta nyata, dibuat secara renungan, pentaakulan, dan hujahan yang rasional serta logika yang bersifat spekulatif. Kemukakan pendapat atau pandangan serta pemahaman saudara mengenai:
5.1. Arti dan makna Data, fakta serta kesamaan dan perbezaan di antara kedua-dua hal tersebut.
5.2. Arti dan makna renungan dan pentaakulan, serta kesamaan dan perbezaan di antara kedeu-dua benda tersebut.
5.3. Logik yang bersifat spekulatif dan pemahaman terhadap ayat al-Qur’an yang bersifat inspiratif.
6. Hashim Musa mengemukakan bahwa “Hujan boleh dijadikan symbol bagi wahyu dan petunjuk daripada Tuhan yang membasahi hati dan jiwa manusia yang tandus dan dahaga”.
6.1. Apa pendapat saudara/ saudari mengenai pandangan tersebut jika dihubungkan dengan al-Qur’an Surah Ali Imran 190-192, dan Surah al-Mulk 1-4, serta Surah al-Kahfi 7-10
6.2. Apa pendapat saudara/ saudari mengenai hubungan antara pandangan hashim Musa tersebut di atas dengan simpulan bahwa Tuhan itu ‘ada”. Kemukakan hujahan rasional untuk itu.
6.3. Cukupkah dengan beberapa ayat al-Qur’an tersebut di atas untuk meyakinkan diri saudara/saudari bahwa Tuhan itu benar-benar ada? Kemukakan hujahan rasionalnya, dan kemukakan pengalaman pribadi saudara/saudari dalam hal berfikir dan merenung tentang adanya Tuhan.
7. Hashim Musa merujuk kepada Ahmad tafsir mengemukakan Jenis-jenis Ilmu Pengetahuan Manusia ke dalam empat jenis iaitu “imbasan, sains, falsafah, dan mistik.
7.1. Apa pandangan saudara/ saudari mengenai keempat jenis ilmu pengetahuan tersebut jika dihubungan dengan The Reason for Knowing yang saya rujuk daripada W. Lawrence Neuman dan saya kemukakan dalam lecture beberapa masa yang lalu?
7.2. Kemukakan pandangan saudara/ saudari mengenai The Reason for Knowing yang saya namakan sebagai pendekatan Positivis, Interpretivis, Kritis, dan Profetis
7.3. Adakah persesuaian dan kesesuaian antara The Reason for Knowing mengikut Neuman dan pembagian Jenis ilmu Pengetahuan mengikut Ahmad Tafsir yang dirujuk Hashim Musa? Kemukakan alasan dan contoh untuk pendapat atau pandangan saudara/ saudari dalam perkara ini.
8. Jika kita mengikut pandangan Hashim Musa yang merujuk kepada Ahmad tafsir mengenai perkara pembahagian Jenis Ilmu Pengetahuan, maka apa pandangan saudara/ saudari mengenai perkara:
8.1. Alasan (reasons) yang bersesuaian bagi penyeledikan ilmiah pada jenis Ilmu Pengetahuan Imbasan dan Sains
8.2. Alasan (reasons) yang bersesuaian bagi upaya mencari kebenaran dengan mengguna falsafah dan bagi mereka yang mengikuti aliran mistik?
8.3. Kesamaan dan perbezaan alasan pada antara penyeledikan Ilmu Pengetahuan Imbasan dan Sains dengan Falsafah dan Mistik.
9. Berkenaan dengan kewujudan yang ada, esansi yang ada, dan manfaat yang ada, kemukakan pendapat saudara/ saudari mengenai :
9.1. Pandangan Kaum Rasionalis mengenai perkara tersebut
9.2. Pandangan Al-Qur’an mengenai perkara tersebut
9.3. Apa pandangan saudara/ saudari pribadi?
10. Berkenaan dengan kewujudan yang ada, esansi yang ada, dan manfaat yang ada, kemukakan pendapat saudara/ saudari mengenai :
10.1. Pandangan Kaum Empiris mengenai perkara tersebut
10.2. Pandangan Al-Qur’an mengenai Cara Pandanga Kaum Empiris tentang perkara tersebut
10.3. Pandangan Saudara/ saudari pribadi dalam hubungan dengan pandangan Kaum empiris?
11. Berkenaan dengan kewujudan yang ada, esansi yang ada, dan manfaat yang ada, kemukakan pendapat saudara/ saudari mengenai :
11.1. Pandangan Kaum Idealis mengenai perkara tersebut
11.2. Pandangan Al-Qur’an mengenai pandangan Kaum Idealis tentang perkara tersebut
11.3. Pandangan Saudara pribadi dalam hubungan dengan pandangan Kaum idealis tentang perkara tersebut
12. Berkenaan dengan kewujudan yang ada, esansi yang ada, dan manfaat yang ada, kemukakan pendapat saudara/ saudari mengenai :
12.1. Pandangan kaum Eksistensialis
12.2. Pandangan kaum Pragmatis
12.3. Pandangan kaum Realis
13. Kemukakan pandangan saudara/ saudari terhadap Pendapat Hashim Musa mengenai
13.1. Asal- usul istilah Epistemologi
13.2. Takrif espistemologi
13.3. Manfaat teknologi maklumat bagi pengembangan epistemologi
14. Hashim Musa mengemukakan bahwa Tuhan adalah Maha Berilmu dan hanya Tuhan sahaja yang diistilahkan sebagai berilmu. Kemukakan pendapat saudara mengenai:
14.1. Kedudukan Al-Qur’an dalam mencari kebenaran ilmiah
14.2. Perbandingan antara kebenaran ilmiah mengikut cara pandang al-Qur’an dan Sains
14.3. Pandangan Sekularism yang menginginkan agar Ilmu dan pengetahuan apalagi sains harus dipisahkan dari agama
15. Apa yang saudara ketahu dan pahamkan mengenai
15.1. Makna suatu realitas seperti jilbab dan tudung?
15.2. Pancaindera, hujahan dan laporan ?
15.3. Tahapan memperolehi ilmu melalui imbasan, pengkonsepsian, dan pengesanan
16. Kemukakan pendapat saudara/ saudari mengenai Pandangan Hashim Musa dalam perkara
16.1. Takrif dan Makna epistemology melayu
16.2. Pentingnya epistemology Melayu
16.3. Kedudukan Epistemologi Melayu dalam hubungan dengan epistemologi bukan melayu
17. Bagaimana pandangan saudara/ saudari mengenai Pendapat Hashim Musa dalam perkara
17.1. Dua pendekatan penubuhan epistemology Melayu
17.2. Pendekatan etnografis dalam penubuhan epistemology Melayu.
17.3. Kemungkinan adanya pendekatan lain yang berbeza dari pendekatan yang dikemukakan oleh Hashim Musa, jika ada kemukakan contohnya
18. Rujuk kepada pendapat Hashim Musa (muka 18-20) tentang perkara ilmu yang benar, kemukakan pendapat saudara/ saudari mengenai
18.1. Kebenaran objektif, dan kebenaran final yang absolute. Kemukakan rujukan saudara/ saudari dan berikan contoh
18.2. Tiga teori kebenaran mengikut tradisi ilmu Barat
18.3. Kebenaran mengikut falsafah Melayu yang mengikut kepada tradisi fikir Melayu dan merujuk kepada Al-Qur’an
19. Kemukakan oleh saudara/ saudari
19.1. Tiga tahap pengkonsepsian kebenaran mengikut Hashim Musa
19.2. Apa yang boleh saudara/saudari jumpa dalam al-Qur’an mengenai ketiga tahapan tersebut?
19.3. Takrif ilmu yang benar menurut Hashim Musa yang merujuk kepada padangan atau pendapat Syed Muhammad Naquib al-Attas.
19.4. Takrif tentang makna mengikut pendapat Hashim Musa dalam buku beliau muka 23
20. Hashim Musa memngemukakan bahwa ilmu yang benar akan membawa kepada ma’rifat.
20.1. Apa yang saudara/ saudari pahamkan terhadap pendapat Hashim Musa tersebut?
20.2. Cari, temukan, dan kemukakan ayat dan hadits yang mengenai ma’rifat tersebut, tulislah dengan kemas terjemah berikut komentar saudara/ saudari
20.3. Fahaman saudara/ saudari mengenai “al-Haq iaitu Tuhan”
21. Dalam pandangan Hashim Musa, ada tiga martabat keyakinan (muka 24). Kemukakan oleh saudara/ saudari
21.1. Ketiga-tiga martabat keyakinan tersebut berikut contoh-contohnya.
21.2. Cari dan tunjukkan ayat al-Qur’an dan hadits yang berrsesuaian, dan kemukakan komentar saudara/ saudari
21.3. Pendapat saudara/ saudari mengenai hubungan ketiga-tiga martabat keyakinan tersebut dengan konsep sa’adah atau kebahagiaan.

About these ads

Maret 4, 2010 - Posted by | Uncategorized

2 Komentar »

  1. fantastic issues altogether, you just won a brand new reader.
    What may you suggest about your publish that you simply made some
    days in the past? Any sure?

    Komentar oleh Facebook Profile | Mei 15, 2013 | Balas

    • Yes it is. hope still beneficial

      Komentar oleh solatun | Juni 27, 2013 | Balas


Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Ikuti

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: